Saturday, 6 October 2012

Assalammualaikum...wbt

Alhamdullillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat membina dan memulakan blog Surau Al-Azim sebagaimana yang telah diamanah kepada saya dalam mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Azim yang pertama 2012 lalu. J/Kuasa surau sebulat suara telah bersetuju untuk menamakan surau ini Surau Al-Azim, namun nama ini terdapat serupa di banyak tempat di negara kita, jadi saya tambah dua perkataan lagi iaitu Mutiara dan Impian bagi mengambil situasi kedudukan surau dalam dua taman ini seterusnya memudahkannya untuk akses dalam internet. Tujuan utama blog ini adalah untuk merapatkan silaturrahim dikalangan ahli jemaah khasnya bagi Taman Bukit Mutiara dan Taman Impian Utama dengan penyebaran berita serta maklumat dan umumnya persekitaran kawasan daerah Kuala Pilah yang berminat dengan jadual program-program Surau Al-Azim ini. Insyaallah blog ini akan diperkemas dan dimurnikan lagi dari masa ke semasa. Sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment